Sunday, 27 September 2015

Litar kawalan



Ditunjukkan di atas ialah litar kawalan asas yang terdiri dari off push button, on push button, normally off relay contact, indication lamp dan relay coil.

Bekalan voltan auxillary bagi sesebuah litar kawalan boleh direka berdasarkan kesesuaian sistem elektrik. Ada 12Vdc, 24Vdc, 30Vdc, 48Vdc, 24Vac, 240Vac. Dalam contoh di atas bekalan auxilliary ialah 240 Vac.

Apabila on push button ditekan(tutup), walau sesaat, relay coil R1 akan ter"energize" dan serentak dengan itu normally open relay R1 akan tutup (self-hold).

Apabila off push button ditekan (buka), relay R1 yang dalam keadaan ter"energize" akan putus bekalan dan melepaskan "self-holding" contact. Sistem akan off sehinggalah "on push button" ditekan semula.

Jika kita memahami konsep operasi litar ringkas ini, kita boleh reka beratus, bahkan beribu litar kawalan untuk pelbagai aplikasi seperti kawalan sesebuah sistem penghawa dingin, sistem kawalan lampu isyarat jalan, sistem kawalan motor dalam sesebuah kilang dan bermacam-macam lagi.

******************************************************************


Contoh 1 : Kawalan 3 nos split unit Air-conditioner



Litar kawalan di atas direka untuk kawalan operasi tiga unit A/con.

Tiga buah thermostat digunakan, TM1 untuk unit no 1, TM2 untuk unit no 2 dan TM3 untuk unit no 3. Tiga nilai suhu yang diprogram iaitu 19 ° C, 22° C dan 25 ° C.

Suis pemula litar kawalan ditutup dan jika didapati suhu melebihi 19°C thermostat TM1 akan activate dan relay R1 akan energize. Split unit no 1 akan ON. Seterusnya apabila suhu naik dan mencapai bacaan 22°C thermostat TM2 akan activate dan split unit A/con no 2 akan ON. Sekarang kedua-dua A/con no 1 dan A/con no 2 sedang ON. Akhir sekali apabila suhu mencecah 25 ° C thermostat TM3 activate dan A/con no 3 akan ON. Sekarang ketiga-tiga A/con sedang ON.

Apabila suhu jatuh bawah 25°C relay R3 akan melepaskan self-holding contact R3 dan A/con no 3 akan OFF. Seterusnya apabila suhu jatuh lagi ke bacaan bawah 22 °C A/con no 2 akan OFF dan tinggallah satu sahaja iaitu unit A/con no 1 akan terus ON.


Email: sobisal@gmail.com

No comments:

Post a Comment