Penurunan voltan(VD)= beban arus(A) x volt-drop figure (mV/A/M) x jarak (m)
% VD= VD x 100 /415, based on 415V
% VD= VD x 100 /240, based on 240V
Penurunan voltan tidak dapat dielakkan kerana pengalir(conductor) kabel yg berbeza saiz mempunyai angkatap(constant) VD dalam unit mV per Ampere per meter yang berbeza.
Peraturan pendawaian elektrik (IEE Wiring Regulations UK, Edisi 17) menyatakan had maksima penurunan voltan yang dibenarkan ialah 4%
Contoh kiraan VD
Katakan beban 3-fasa ialah 70kW, faktor kuasa 0.8 lagging, bersambung ke DB-A sejauh 20 meter
Arus beban = 70000/(1.73 x 415 x 0.8) = 121.9AA
Pilih kabel 1 no 4-core PVC/SWA/PVC armoured untuk direntang di dalam tanah. Muatan arus kabel ialah 135A (Table 4D4A, 17th Edition IEE Wiring Regulations, UK) dan volt-drop figure 1.1mV/A/m (Table 4D4B, 17th Edition IEE Wiring Regulations, UK)
VD sebahagian (sectional) dari DB-X ke DB-A = 121.9 A x 1.1 mV/A/M x 20m = 2681mV =2.7V = (2.7/415)x 100% = 0.65%
Anggap % VD sebahagian(sectional) dari transformer ke DB-X telahpun dikira dan didapati nilainya = 1.5%,
Oleh itu VD kumulatif di DB-A = 1.5 + 0.65 = 2.15 % < 4% (ok!)
email: sobisal@gmail.com
No comments:
Post a Comment